Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
OKU Perlu Pendedahan Sukan Bagi Tingkat Keyakinan Diri
Last update: 16/06/2014

MELAKA, 16 Jun (Bernama) -- Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran di negara ini terutamanya generasi muda perlu diberi pendedahan serta peluang dalam bidang sukan bagi meningkatkan keyakinan diri mereka, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata ini berikutan hasil kajian psikologi bahawa OKU lebih cenderung berasa rendah diri dalam semua aspek.

"Ini satu daripada sebab negara kita sukar untuk mendapatkan bakat baharu OKU dalam bidang sukan," katanya ketika berucap merasmikan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) kali ke-18 di Stadium Hang Tuah di sini, Ahad malam.

Katanya pelajar-pelajar pendidikan khas perlu diberi pendedahan dan peluang dalam bidang sukan malah ibu bapa juga seharusnya memberi galakan kepada anak mereka menyertai acara sukan.

"Janganlah biarkan mereka terperap di rumah sahaja, berikan mereka pendedahan dengan dunia luar supaya satu hari nanti mereka akan dapat menempah nama di persada tempatan mahupun antarabangsa," katanya.

Sebanyak 728 atlet dan pegawai daripada 16 kontinjen dari seluruh negara, Brunei dan Singapura menyertai SOPMA yang bermula semalam hingga 21 Jun ini.

Enam acara dipertandingkan pada kejohahan itu iaitu bola sepak, futsal, badminton, boling tenpin, olahraga dan bola jaring.

Kejohanan itu bertujuan mencari bakat serta memberi peluang kepada atlet OKU pendengaran yang berpotensi untuk mewakili negara ke Sukan Orang Pekak Asia Pasifik dan Sukan Olimpik Orang Pekak.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution