Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Bakal Pengantin Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Setiu
Last update: 04/05/2014

SETIU, 4 Mei (Bernama) -- Hasrat dua bakal pengantin untuk menziarahi kematian anggota keluarga di Kuala Krai, Kelantan tidak kesampaian selepas kereta yang mereka naiki bertembung sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 46 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Balai Polis Sungai Tong di sini Ahad.

Dalam insiden kira-kira 1.30 petang itu, Mohd Hafizan Jusoh @ Ab Ghafar, 35, dari Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu dan tunangnya, Rosnazira Mahmud, 33, dari Kuala Krai, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Abd Rahman Raja Mohamad berkata kereta mangsa jenis Proton Iswara dipercayai bertembung sebuah Toyota Fortuner yang dipandu seorang lelaki.

Beliau berkata dua penumpang dalam kereta mangsa iaitu seorang remaja lelaki berusia 14 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, yang merupakan anak saudara Rosnazira, parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, pemandu pacuan empat roda yang dalam perjalanan dari Kelantan menuju Kemaman, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Setiu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution