Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Dua Lelaki Indonesia Didenda Dan Dipenjara, Simpan Rokok Belum Lulus Kastam
Last update: 08/04/2014

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Seorang lelaki warga Indonesia Selasa didenda RM1,000 serta dipenjara sehari oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menyimpan rokok kretek dan rokok pelbagai jenama yang belum diluluskan oleh Kastam.



Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Eko Indra Jaya, 30, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyimpan rokok tersebut yang merupakan barang-barang larangan.



Erry Shahriman juga memerintahkan Eko Indra menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda itu.



Eko Indra yang merupakan penjaga kedai didakwa menyimpan semua rokok-rokok bernilai RM96.04 itu di laci kaunter di kedai Narahmat Enterprise, No.28, Jalan Madrasah, berhampiran LRT Taman Melati, Gombak Setia, di sini pada 4 April lepas.



Sementara itu, rakan senegaranya, seorang lagi penjaga kedai, Fauzi, 25, didenda RM500 dan dipenjara sehari selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyimpan 564 batang rokok putih dan rokok kretek pelbagai jenama bernilai RM42.48. Jika gagal bayar denda itu, dia boleh dipenjara empat bulan.



Fauzi, didakwa menyimpan rokok-rokok itu di dalam kotak di kawasan kaunter bayaran di dalam kedai Ata Kana Enterprise, No. SL 21, Gerai Fasa 3B, Gombak, di sini pada 4 April, pukul 11.30 malam.



-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution