Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Avaya Ceburi Segmen Pasaran Pertengahan Malaysia
Last update: 20/02/2014

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Avaya, syarikat penyedia penyelesaian komunikasi dan kerjasama perniagaan global, akan memasuki segmen pasaran pertengahan di Malaysia dengan penyelesaian komunikasi baharunya yang telah dinaik taraf -- Protokol Internet (IP) Office 9.0 Avaya.

Pengarah negaranya, Mohd Rasidan Taher, berkata syarikat itu percaya IP Office 9.0 boleh membantu syarikat Malaysia membina kapasiti, mencipta kelebihan dalam perniagaan dan mencapai keberdayasaingan global.

"Penyelesaian baharu yang dinaik taraf ini mampu menyokong produktiviti, kerjasama dan mobiliti bagi perniagaan kecil dan pasaran pertengahan di Malaysia," katanya semasa satu taklimat media di sini Khamis.

Beliau berkata penyelesaian kerjasama menyeluruh yang dicipta khusus bagi syarikat bersaiz sederhana ini boleh memberikan pengalaman lancar bagi suara, video, dan mobiliti tanpa mengira peranti.

Menurut beliau, IP Office 9.0 boleh menukar telefon pintar iPhone atau Android menjadi lanjutan kepada sistem telefon pejabat.

Pasaran pertengahan Malaysia kini akan diupayakan dengan teknologi mudah dan kerjasama yang lebih luas dalam persekitaran platform tunggal yang sangat fleksibel dan boleh menyokong lima hingga 2,000 pengguna.

Inovasi Avaya dalam ruang pasaran pertengahan adalah sebahagian daripada pelaburan berjumlah US$2.5 bilion yang dibuatnya dalam enam tahun kebelakangan ini untuk berubah daripada sebuah penyedia komunikasi kepada sebuah syarikat perisian dan perkhidmatan.

Avaya IP Office boleh didapati sekarang daripada Rakan Kongsi Saluran Hubungan Avaya di seluruh Malaysia.

Selain IP Office, Avaya (Malaysia) Sdn Bhd menyediakan komunikasi bersepadu, pusat hubungan, perangkaian dan perkhidmatan berkaitan, kepada syarikat-syarikat kecil dan besar.

-- BERNAMA



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution