Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Tabung Haji Kekal 20 Pct Saiz Dana Untuk Pelaburan Hartanah
Last update: 30/01/2014

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan 20 peratus saiz jumlah dananya bagi pelaburan hartanah untuk tahun ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Paduka Ismee Ismail.


Dari segi peruntukan aset, Ismee berkata nisbah pelaburan hartanah Tabung Haji ialah pada 30:70.


Beliau berkata TH sedang meninjau bandar besar di Malaysia dan pasaran sedia ada di United Kingdom, Australia dan Arab Saudi untuk pelaburan hartanah.

"Kami mengkaji strategi peruntukan aset setiap tiga tahun. Pada masa ini, saya fikir kami ada kekal pada tahap ini (20 peratus dalam pelaburan hartanah). Kami akan mengkajinya semula," katanya kepada pemberita selepas pengumuman bonus penyimpan TH hari ini.


Ditanya mengenai pengambilalihan TH ke atas Unilever House di Leatherhead Office Park di Surrey, United Kingdom, Ismee berkata TH dalam peringkat untuk mencapai kata sepakat.


"Ia akan diputuskan pada awal minggu depan," katanya.


Pada 2013, Tabung Haji meraih pendapatan sebanyak RM3.7 bilion, meningkat 34 peratus berbanding RM2.8 bilion pada tahun sebelumnya.

Jumlah pendapatan selepas jumlah zakat sebanyak RM2.6 bilion pada 2013 berbanding RM2.1 bi1ion pada 2012.

Ismee berkata Tabung Haji yakin namun berhati-hati terhadap prestasi kewangannya pada masa depan, dan menambah TH sentiasa berjaya mencatat prestasi baharu.

"Kami memilih untuk kekal dalam kedudukan sedia ada.


"Mengenai kedudukan ekonomi secara umum, saya pasti dan yakin kami boleh mengekalkan prestasi pada 2014 jika tiada sebarang masalah berbangkit," katanya.

Mengenai saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya TH melabur dalam industri berteknologi tinggi, Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata TH akan mengkaji beberapa industri untuk diceburi.

"Panel pelaburan kami sedang memperhalusnya. Kami tidak boleh mengumumkannya lagi dan kami akan melaksanakan saranan Dr Mahathir," katanya.



-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution