Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Kelantan Tidak Ambil Mudah Perlawanan Persahabatan Dengan Perlis - Darby
Last update: 05/01/2014

KOTA BAHARU, 5 Jan (Bernama) -- Setelah kalah kepada beberapa kelab dalam
siri perlawanan persahabatan bulan lepas, Kelantan tidak akan mengambil mudah
pertemuannya dengan pasukan Liga Premier, Perlis, dalam satu lagi perlawanan
persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini Isnin.


Ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby berkata perlawanan ini akan dijadikan tanda aras oleh pasukan itu dalam membuat persiapan menghadapi musim Liga M tahun ini.


"(Perlawanan dengan) Perlis sangat penting bagi kami. (Tapi) janganlah hilang semangat kerana keputusan sebelum ini. Kami akan menentang antara pasukan terkuat. Kami bukan bermain dengan kanak-kanak lagi," katanya kepada BERNAMA di Kota Baharu, Ahad.


Darby, yang membimbing Kelantan sejak November tahun lepas berikutan pengunduran Bojan Hodak, berkata beliau tahu cabaran yang akan dihadapinya dan pasukan itu apabila sekumpulan pemain senior meninggalkan Kelantan untuk menyertai pasukan lain.


Lapan pemain Kelantan yang berhijrah ke pasukan lain ialah Mohd Norfarhan Mohammad, Indra Putra Mahyuddin, Azizi Mat Rose, Mohd Rizal Fahmi Rosid, Mohd Shakir Shaari, S Subramaniam, Daudsu Mohd Jamaluddin dan Mohd Izuan Solahuddin.


Jurulatih berusia 55 tahun ini berkata belum memutuskan 11 pemain utama yang akan beraksi pada Isnin dan beliau akan berbuat demikian setelah menilai kecergasan mereka melalui latihan hari ini.


Pada 11 Jan, Kelantan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab bola sepak Thailand, Patalong FC, di gelanggang sendiri.


--BERNAMA



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution