Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Bidang Kokurikulum Perlu Beri Penekanan Aspek Tersembunyi - Raja Muda Perlis
Last update: 07/11/2013

KANGAR, 7 Nov (Bernama) -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu bidang kokurikulum di sekolah memberi penekanan terhadap aspek tersembunyi ke arah melahirkan insan yang berkualiti untuk negara.

Menurut baginda, pelajar perlu didedahkan secara amali dalam kegiatan kokurikulum supaya aspek tersembunyi itu termasuk bakat, kepimpinan, sosial, nilai dan peranan mereka terhadap komuniti dilahir dan diperkasakan.

Bertitah merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (AKK) peringkat kebangsaan 2013 di Dewan 2020 dekat sini Khamis, baginda berharap pelajar akan terus menimba pengalaman dan kemahiran sebanyak mungkin melalui kegiatan kokurikulum.

Sebanyak 130 pelajar menerima anugerah dalam pelbagai kategori pada AKK anjuran Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin turut berharap sekolah melipatgandakan kegiatan kokurikulum seperti badan beruniform, sukan, persatuan atau kelab supaya dapat mencungkil bakat, kemahiran dan menguji kemampuan pelajar selain membantu menyihatkan badan.

"Badan serta fikiran yang sihat dan cergas akan membantu pelajar itu lebih fokus dalam pelajaran," titah baginda.

Selain itu, menurut baginda, kegiatan kokurikulum juga akan menjadi benteng kepada pelajar daripada terpengaruh dengan gejala sosial negatif kerana masa lapang mereka diisi dengan kegiatan berfaedah.

"Pembabitan pelajar dalam kokurikulum sedikit sebanyak akan membantu mereka semasa pemilihan memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana meritokrasi IPTA mengambil kira 90 peratus akademik dan 10 peratus kokurikulum," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah bidang kokurikulum seperti badan-badan beruniform akan menjadi platform kepada pelajar untuk menuju cita-cita mereka memegang kerjaya berunifom termasuk tentera, polis dan bomba.

Sebelum itu, ketibaan baginda ke majlis itu disambut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Dato Sufa'at Tumin dan Pengarah Pendidikan Perlis Dun Kasa. Turut hadir Menteri Besar Perlis Azlan Man.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution