|
Tidak Rasmi: Zahid Dahului Undi Naib Presiden Setakat 5 Petang
Last update: 19/10/2013
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendahului pengundian jawatan Naib Presiden Umno dengan memperoleh 63 undi, mengikut keputusan tidak rasmi setakat 5 petang.
Menurut keputusan tidak rasmi itu, Datuk Seri Shafie Apdal menyusul dengan 56 undi manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendapat 35 undi.
Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir pula memperoleh 30 undi diikuti Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masing-masing empat undi.
-- BERNAMA
|
|
<Back> |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| OPENING, TUESDAY, MAR 9US | 4.1180/1230 | S'pore | 3.0479/0520 | 100 Yen | 3.7752/7805 | Sterling | 5.6882/6967 | Euro | 4.8769/8833 | Source: Bank Negara Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|