Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Agong Berkenan Terima Menghadap Perdana Menteri Thailand
Last update: 03/09/2013

Daripada Norhayati Mohd Akhir

BANGKOK, 3 Sept (Bernama) -- Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra sempena lawatan Seri Paduka ke negara ini, yang bermula semalam.

Yingluck bersama beberapa pegawai kanan kerajaan menghadap Tuanku Abdul Halim di Bilik Chao Phraya, Hotel Mandarin Oriental di sini pada 4 petang waktu tempatan.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain turut hadir ke majlis itu.

Antara yang hadir bersama Yingluck ialah dua Timbalan Perdana Menteri Pracha Promnok dan Surapong Towijakchaikul, yang juga Menteri Luar Thailand.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupakan menteri pengiring, berkata lawatan negara yang dilakukan Seri Paduka amat bermakna kepada kepentingan dua hala Malaysia-Thailand yang terjalin selama 56 tahun.

Beliau berkata pertemuan Tuanku Abdul Halim dan Yingluck melambangkan keakraban antara negara bersempadan.

"Kekuatan antara dua negara Asean ini dapat dieratkan lagi menerusi kerjasama ekonomi, politik dan sosial.

"Saya harap kedua-dua negara akan sentiasa bekerjasama dalam memajukan negara serta terus memperkasa jalinan erat sedia ada," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum majlis menghadap.

Jamil Khir berkata Tuanku Abdul Halim dalam titah ucapan persembahan Kunci Kota Bangkok oleh Gabenor Kota Bangkok, Sukhumbhand Paribatra semalam bertitah persembahan kunci tersebut memberi suatu makna tersendiri kepada Malaysia.

"Keakraban antara dua negara diharap dapat membuahkan hasil dari segi ekonomi, politik dan sosial selain mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa," katanya.

Jamil Khir berkata dalam lawatan ke Malaysia baru-baru ini, Yingluck sempat bertemu rakyat Thailand, yang rata-rata bekerja di restoran, dan mereka memaklumkan beliau tentang layanan baik yang diterima sepanjang bekerja di Malaysia.

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba semalam untuk lawatan negara selama tiga hari.

Lawatan itu merupakan lawatan negara baginda yang ketiga bagi rantau Asean, selepas Indonesia dan Brunei tahun lepas.

Malam ini, Seri Paduka berdua dijadual menghadiri majlis santapan negara di Throne Hall, Istana Besar Cakri Maha Prasad, iaitu bangunan kompleks di Bangkok yang menjadi kediaman rasmi Raja Thailand sejak abad ke-18.

Baginda berdua dijangka berlepas ke Vietnam untuk meneruskan agenda lawatan negara Khamis ini.

-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution