Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Peruntukan Saham Dan Penyenaraian Ranhill Energy And Resources Ditangguhkan
Last update: 24/07/2013

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Peruntukan saham tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraian Ranhill Energy and Resources Bhd telah ditangguhkan ke satu tarikh.

Ranhill, dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, butiran lanjut berhubung pindaan itu akan diumumkan dan penzahiran mengenainya akan dibuat kemudian.

"Ranhill akan kekal komited untuk memastikan yang kepentingan kesemua pemegang berkepentingan kumpulan syarikat Ranhill, termasuk pelabur dalam tawaran awam permulaan, kekal dilindungi pada setiap masa.

"Ranhill juga memberi jaminan kepada pelabur yang kesemua wang dipegang dengan selamat oleh ejen penempatan, Maybank Investment Bank dan CIMB Investment Bank serta Malaysian Issuing House Sdn Bhd," tambahnya.

Dalam satu kenyataan, Ranhill mengumumkan yang Perunding Ranhill Worley Sdn Bhd (PRW), telah bersetuju secara eksklusif melantik unit 51 peratus milik Ranhill, Ranhill WorleyParsons Sdn Bhd untuk perkhidmatan, dalam semua projek yang diberikan kepadanya di Malaysia.

Ranhill berkata pelantikan itu dibuat susulan daripada keputusan yang dibuat baru-baru ini oleh Petronas untuk menggantung lesen PRW untuk tempoh yang tidak ditetapkan, berkuat kuasa 17 Julai.

Ia berkata yang penggantungan itu adalah ekoran semakan semula Petronas berkaitan dengan bahagian kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan kerja pembinaan "topside" untuk projek kemudahan regasifikasi LNG di Melaka.

Bagaimanapun, ia berkata penggantungan itu tidak menjejaskan mana-mana projek yang sedang dilaksanakan oleh Ranhill atau anak-anak syarikatnya.

Ranhill bagaimanapun berkata, ia telah mengemukakan rayuan kepada Petronas berhubung penggantungan itu dan pada masa ini masih menantikan maklum balas rasmi daripada syarikat minyak negara berkenaan.

"Syarikat akan menyediakan maklumat terkini status rayuan itu apabila tiba waktunya dan setelah menerima keputusan Petronas," katanya.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution