Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Kerajaan Negeri Perlu Ada Penyelesaian Yang Tidak Membebankan Rakyat - Jahara
Last update: 05/07/2013

GEORGE TOWN, 5 Julai (Bernama) -- Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata kerajaan negeri perlu mencari jalan penyelesaian terbaik dengan kerajaan Kedah berhubung isu bekalan air ke negeri ini.

Beliau berkata setiap keputusan yang bakal diambil perlu mengambil kira kepentingan rakyat termasuk bebanan yang akan ditanggung mereka sekiranya terdapat caj-caj tertentu yang akan dikenakan kelak.

"Isu ini melibatkan kepentingan rakyat Pulau Pinang, jadi saya tidak mahu kalau dikenakan caj penggunaan air yang tinggi kepada rakyat, ia akan menjejaskan rakyat negeri ini.

"Ini pendirian saya, saya tidak berunding dengan sesiapa pun, saya sebagai pengguna juga tidak mahu dikenakan caj penggunaaan yang tinggi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu pada sidang akhbar berasingan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengulangi harapannya agar 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dapat bersama-sama memberi sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan DAP sebagai bukti mereka turut prihatin dan mengambil berat kebajikan rakyat.

"Kami minta mereka sokong kami kerana apabila pakatan rakyat memerintah negeri ini, kami dituntut untuk membayar caj air (tapi) ketika Barisan Nasional memerintah dulu, tiada pula tuntutan seperti ini.

"Sudah 56 tahun, tiada tuntutan, bila pakatan rakyat ambil alih, ada tuntutan pula sedangkan kita masih gunakan sumber yang sama," katanya.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution