Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
MIDA Anjur Kempen Derma Darah Sempena Ramadan
Last update: 05/07/2013

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Kelab Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hari ini menganjurkan kempen derma darah kali ke-6 untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan darah, sempena Ramadan.

Timbalan Presiden Kelab MIDA Ruzlisham Mat Diah berkata kempen dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) itu bertujuan memupuk nilai murni dalam kalangan petugas MIDA.

"Bulan Ramadan dah nak tiba, tabung darah agak berkurangan dan kempen bertujuan menambah stok darah di PDN," katanya kepada pemberita di ibu pejabat MIDA, di sini hari ini.

Kempen derma darah itu bermula 9 pagi sehingga 4.30 petang dan menjadi acara tahunan MIDA, sejak dimulakan pada 2008.

Sementara itu, seorang penderma Amalina Husin, 28, berkata amalan menderma darah bukan sahaja baik untuk kesihatan malah membantu mereka yang memerlukan.

"Kita bertanggungjawab membantu masyarakat. Mula-mula, memang ada rasa takut tetapi lama-kelamaan, perasaan itu hilang kerana kita hendak menolong orang," katanya.

Kelab MIDA ditubuhkan pada 1967 dan sentiasa aktif dalam merancang dan mengendalikan aktiviti yang bertujuan meningkatkan semangat kekeluargaan dan perpaduan warganya.

-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution