Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
1MDB: Dana AS$2.318 Bilion Selamat Dan Bagi Pelaburan Strategik
Last update: 23/04/2013

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyatakan dana AS$2.318 bilion seperti yang dinyatakan dalam akaun diauditnya adalah selamat.


1MDB dalam satu kenyataan Selasa berkata ia adalah hasil dan keuntungan yang dijana daripada usaha sama awalnya, 1MDB-PetroSaudi International.


"Fakta ini jelas dilaporkan dalam akaun diaudit syarikat yang boleh didapati orang ramai daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan diaudit secara bebas oleh sebuah syarikat global terkemuka," kata syarikat itu.


1MDB juga menyangkal tuduhan bahawa wang-wang ini dilabur dalam syarikat-syarikat Cayman Islands dan akan lesap, dengan menyatakan ia tidak berasas dan helah pilihan raya.


"1MDB telah memperuntukkan hasil itu bagi pelaburan di masa hadapan. Sementara menunggu pelaburan itu, dana-dana ini bagi tujuan pengurusan tunai ketika ini ditempatkan di bawah pengurus dana antarabangsa berlesen dan dikawal selia yang menguruskan struktur dana standard antarabangsa yang berpangkalan di Cayman Island,".


Ia juga kesal yang "pihak-pihak tertentu dengan agenda politik mempunyai agenda tersembunyi yang berterusan membuat tuduhan tidak berasas".


"Ini adalah kempen untuk memburuk-burukkan bagi faedah mereka sendiri," kata syarikat itu.


1MDB dimiliki dan disokong kerajaan tetapi dipacu oleh pemikiran dan amalan sektor swasta.


Ia berusaha memenuhi aspirasi Kerajaan dengan ketangkasan sektor swasta, dan bon dikumpul merupakan sebahagian daripada modal bagi inisiatif strategiknya, kata 1MDB.


"Modal AS$3 bilion yang dikumpulkan baru-baru ini merupakan bahagian penting daripada kerjasama Kerajaan kepada Kerajaan antara Malaysia dan Abu Dhabi bagi perkongsian strategik yang dimeterai pada 12 Mac, 2013 semasa lawatan rasmi oleh Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu, General Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan.


"Kedua-dua negara komited untuk memulakan operasi perkongsian strategik RM18 bilion ini. Malaysia dan Abu Dhabi mengekalkan perkongsian ekonomi yang telah lama terjalin ini," kata syarikat itu.


-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution