Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Polis Minta Masyarakat Bersama Banteras Kegiatan Judi Internet
Last update: 14/12/2012

KUANTAN, 14 Dis (Bernama) -- Polis Jumaat meminta masyarakat setempat bekerjasama membanteras aktiviti perjudian internet di premis-premis siber kafe yang dilihat semakin berleluasa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata sekalipun pihak polis kerap membuat operasi dan serbuan namun pihak terbabit yang menjalankan aktiviti berkenaan dilihat tidak pernah serik.

"Ada yang masih berani membuka premis judi haram tanpa lesen, malah turut menawarkan tiket cabutan bertuah untuk menarik minat kaki judi bagi tujuan mengaut keuntungan.

"Kerjasama dan bantuan orang ramai sangat diperlukan untuk memerangi aktiviti ini," katanya ketika ditemui pada program Kepolisan Profil Tinggi di premis-premis perniagaan sekitar Taman Tas, dekat sini Jumaat.

Mohd Jasmani berkata orang ramai perlu bersama-sama memberi maklumat sekiranya ada premis judi yang baharu dibuka selain jangan sesekali melibatkan diri dengan aktiviti haram tersebut.

Dalam program hari ini, sebanyak 100 keping risalah pencegahan jenayah dan nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan diedarkan kepada pemilik premis di taman berkenaan.

-- BERNAMA




 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution