 |
Hotel Bajet Kedah Diminta Kekal Rekod Tiada Kebakaran Tahun Ini
Last update: 26/09/2012
SUNGAI PETANI, 26 Sept (Bernama) -- Pengusaha hotel bajet di Kedah digesa memastikan rekod tiada kebakaran sepanjang lapan bulan pertama tahun ini dikekalkan hingga ke akhir tahun.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Ahmad Shahabuddin berkata hotel bajet kini menjadi pilihan ramai memandangkan premis itu menawarkan harga berpatutan selain lokasinya hampir dengan pusat bandar.
"Pihak kami akan sentiasa memberikan kerjasama dan bimbingan agar pengusaha dapat mematuhi aspek keselamatan kebakaran yang ditetapkan," katanya pada majlis Pelancaran Ops Hotel Bajet JBPM 2012 di sini Rabu.
Mengenai operasi itu, Ahmad berkata pemeriksaan akan dijalankan selama dua bulan bermula hari ini hingga 25 Nov melibatkan 165 hotel bajet di seluruh negeri.
"Operasi akan dijalankan secara serentak di empat zon iaitu Kota Setar, Sungai Petani, Kulim dan Langkawi, dan lebih 20 anggota penguatkuasa akan ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan," kata Ahmad.
-- BERNAMA
|
|
<Back> |
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
| OPENING, TUESDAY, MAR 9US | 4.1180/1230 | S'pore | 3.0479/0520 | 100 Yen | 3.7752/7805 | Sterling | 5.6882/6967 | Euro | 4.8769/8833 | Source: Bank Negara Malaysia |
|
|
|
 |
|
|
|