Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Enam Daripada 24 Acara SUKMA Bermula Sebelum Majlis Pembukaan
Last update: 30/06/2012

KUANTAN, 30 Jun (Bernama) -- Acara karate akan membuka tirai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-15 Pahang dengan menawarkan lapan pingat emas di Kompleks Sukan Universiti Pahang (UMP) di sini Ahad.


Sukan karate merupakan acara paling awal dipertandingkan pada temasya tersebut sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, di Stadium Darul Makmur di sini, Sabtu depan.


Selain acara karate, lima lagi jenis sukan akan bermula awal iaitu berbasikal, bola sepak, hoki, taekwondo dan perahu layar.


Seramai 5,828 atlet dan pegawai akan menyertai edisi kali. Sebanyak 24 jenis sukan dipertandingkan dengan 369 pingat emas menjadi rebutan.


Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Pahang Ahmad Hairi Hussain hari ini berkata sukan karate akan bermula 9 pagi Ahad di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini.


Katanya acara taekwondo akan bermula Selasa ini diikuti berbasikal dan bola sepak pada Rabu ini, hoki (Khamis) dan perahu layar pada Jumaat.


Acara taekwondo diadakan di Kompleks Sukan UMP (3-6 Julai), berbasikal di sekitar bandar Temerloh (4-14 Julai), hoki di Stadium Hoki Wisma Belia, Indera Mahkota (5-15 Julai) dan perahu layar dari 6 hingga 11 Julai di Pantai Balok.


Selain Kuantan, SUKMA ke-15 akan diadakan di dua daerah lain iaitu Pekan bagi acara angkat berat dan Temerloh untuk acara berbasikal dan silat.


-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution