Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
FAM Rancang Format Baharu LFK Untuk 2019
Last update: 24/01/2018

PETALING JAYA, 24 Jan (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang memperkenalkan format baharu untuk Liga Futsal Kebangsaan (LFK) musim depan dengan mengguna pakai konsep perlawanan timbal balik seperti digunakan dalam saingan Liga Super.

Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Datuk Rosmadi Ismail berkata pelaksanaan konsep itu adalah salah satu usaha FAM untuk membangunkan sukan futsal di negara ini selain ia bertujuan 'menghidupkan' lagi saingan liga berkenaan.

Katanya, selain itu, FAM turut tidak menolak kemungkinan mewujudkan dua divisyen dalam LFK selepas mendapat permintaan tinggi daripada pasukan yang terkandas di pusingan kelayakan.

"Kita berpandangan kalau kita dapat mengadakan konsep timbal balik ini, saingan LFK pasti akan lebih menarik dan kompetitif," katanya kepada pemberita pada Majlis Undian Kelayakan (LFK 2018 di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, berkata pelaksanaan format baharu itu masih di peringkat awal dan segala aspek termasuk kos perbelanjaan menguruskan saingan liga dan tahap kesedian setiap pasukan yang bertanding perlu terlebih dahulu diteliti.

"Pelaksanaan format baharu LFK ini perlu dikaji terlebih dahulu kerana ia bakal menelan belanja yang tinggi. Kita akan memanggil semua pasukan dan penggiat futsal negara untuk mengadakan satu sesi percambahan fikiran dalam masa terdekat mengenai kesesuaian cadangan itu," kata Rosmadi, yang juga naib presiden FAM.

Dalam  pada itu, majlis undian kelayakan LFK 2018 itu menyaksikan 18 pasukan merebut dua slot ke saingan utama LFK bagi kategori  lelaki bagi melengkapkan senarai 10 pasukan sementara empat slot ke saingan utama kategori wanita ditawarkan kepada enam pasukan untuk melengkapkan slot lapan pasukan.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution