Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Calon Kawasan Parlimen Kalabakan Keputusan Pemimpin Tertinggi - Ghapur
Last update: 24/01/2018

TAWAU, 24 Jan (Bernama)  --  Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk menentukan calon sesuai  bertanding di kawasan itu jika perlu menggantikan beliau dan wakil rakyat lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya menjadi tanggungjawab semua anggota UMNO untuk akur dengan keputusan yang ditetapkan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak selepas melaksanakan ikrar taat setia kepada  UMNO.

"Kita tidak boleh mencalonkan diri sendiri (untuk bertanding di Kalabakan) melainkan itu keputusan perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas pemberian bantuan wang persekolahan RM100 kepada 648 pelajar di SK Pasir Putih dekat sini hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita  mengenai isu yang dibangkitkan akar umbi  bahawa wakil rakyat sedia ada sudah terlalu lama memimpin kawasan itu dan perlu ditukar.

Ghapur berkata beliau sendiri sedar bahawa beliau antara pemimpin senior di kawasan Parlimen Kalabakan. Kawasan itu mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri - Merotai, Tanjong Batu dan Sebatik

"Saya sudah menjadi wakil rakyat selama tujuh penggal dengan empat penggal di Dewan Undangan Negeri dan tiga penggal di Parlimen," katanya namun itu atas keputusan  pucuk pimpinan selama ini.

Pada majlis itu, Abdul Ghapur turut menyampaikan 2,500 sumbangan beg sekolah daripada anggota Parti Liberal Demokratik (LDP) Jonathon Lim.

-- BERNAMA

 

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution