Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Hanya Beregu Wanita Negara Layak Ke Suku Akhir
Last update: 30/11/2017

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Beregu wanita negara Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean melakukan kejutan apabila menyingkirkan pilihan utama dari Thailand untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Korea Masters di Gimnasium Yeomju di Gwangju, Korea Selatan, hari ini.

Mei Kuan/Meng Yean muncul wakil tunggal negara yang masih menggalas cabaran negara selepas memperagakan aksi bertenaga untuk mengalahkan Jongkolphan Kititharakul/Rawinda Prajongjai dengan 21-13 dan 21-12.

Beregu negara itu mengambil masa 38 minit pada saingan pusingan kedua untuk membuka laluan bertemu dengan beregu tuan rumah, Chae Yoo Jung-Kim Hye Rin  di peringkat suku akhir esok.

Beregu Korea Selatan itu tidak berdepan masalah menewaskan Chang Ching Hui-Yang Ching Tun  dari Taiwan dengan kemenangan straight set 21-11 dan 21-6 dalam perlawanan pusingan kedua itu.

Namun satu lagi beregu wanita negara, Lim Yin Loo/Yap Cheng Wen terkandas di pusingan kedua selepas kalah kepada beregu Taiwan, Cheng Yu Chieh/Hu Ling Fang 21-15, 18-21, 18-21.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Goh V Shem/Teo Ee Yi turut mengalami nasih sama apabila tewas kepada beregu Thailand Isara Bodin-Phuangphuapet Nipitphon dengan keputusan 21-15, 20-22, 19-21.

Dua wakil perseorangan lelaki, Soong Joo Ven dan Chong Wei Feng gagal ke pusingan suku akhir selepas tewas kepada lawan masing-masing dalam perlawanan pusingan ketiga.

Soong kalah kepada  Lee Chia Hao dari Taiwan 16-21, 15-21 dan Chong tewas kepada Khosit Phetpradab dari Thailand 17-21, 10-21.

Wakil tunggal perseorangan wanita Soniia Cheah terpaksa akur dengan kekalahan 13-21, 12-21 kepada pemain China, Wang Zhiyi pada perlawanan pusingan kedua.

Turut terkandas adalah beregu campuran Chan Peng Soon/Cheah Yee See yang gagal menyaingi beregu tuan rumah, Kim Won Ho/Shin Seung Chan dengan kekalahan 15-21, 16-21.

-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution