Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Berita Ringkas: 28 Nov 2017
Last update: 28/11/2017

SOUTHERN STEEL BHD mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi iaitu RM57.48 juta pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2017 berbanding RM33.09 juta pada suku yang sama 2016.

Perolehan melonjak kepada RM899.74 juta daripada RM585.74 juta pada tempoh sama.

-- BERNAMA

EKOVEST  BHD merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM55.88 juta pada suku pertama??????? berakhir 30 Sept, 2017 berbanding RM54.18 juta pada suku yang sama 2016.

Perolehan meningkat kepada RM230.64 juta berbanding RM203.54 juta pada tempoh sama.

-- BERNAMA

Anak syarikat OMESTI BHD, Formis Network Services Sdn Bhd memperolehi kontrak utama daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membangunkan platform pendaftaran teras digital baharu sebagai sebahagian perekayasaan menyeluruh infrastruktur dalam talian SSM.

Sistem itu membentuk komponen utama strategi dan hala tuju pelaporan digital SSM, dan kontrak tersebut adalah untuk membekalkan, melaksanakan, melatih, menyokong dan menyenggara Penyelesaian Pendaftaran Teras  SSM.

"Projek itu akan dilaksanakan menerusi Perjanjian Penyumberan Luar, yang pertama seumpamanya diperolehi oleh OMESTI Group dan akan diuruskan berasaskan perkongsian perolehan.

"Bagaimanapun, nilai kontrak tidak ditetapkan pada jumlah khusus dan Perjanjian Penyumberan Luar adalah sah bagi tempoh awal sehingga 31 Mac, 2023,? menurut syarikat itu.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution