Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
100 Anggota APMM, Bomba Perlis Sertai Latihan Pengurusan Bencana
Last update: 17/11/2017

KUALA PERLIS, 17 Nov (Bernama) -- Lebih 100 anggota termasuk daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Perlis, menyertai Latihan Pengurusan Bencana di sini semalam, bagi meningkatkan kemahiran dalam operasi menyelamat mangsa terlibat bencana.



Pengarah Maritim Pangkalan Kuala Perlis Leftenan Komander Mohd Azlan Osman berkata, latihan yang diadakan di Ibu Pejabat APMM itu turut melibatkan kerjasama pihak Hospital Tuanku Fauziah (HTF).



Beliau berkata, antara aktiviti dilakukan ialah simulasi memadam kebakaran, menyelamatkan mangsa menggunakan tali dari tingkat dua bangunan APMM dan menyelamatkan mangsa dalam runtuhan bangunan.



"Latihan sebegini adalah perlu untuk menyiapkan anggota agar bersedia dengan apa jua bencana yang melanda dan memudahkan kita untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa," katanya kepada Bernama di sini.



Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba Perlis Mohd Khairull Rizall Yahya berkata, program itu juga dapat menambah baik hubungan kerjasama antara bomba, APMM serta HTF dan jika berlaku sesuatu bencana, ia akan memudahkan urusan pihak terbabit.



Beliau berkata ia juga selaras dengan seruan kerajaan supaya bekerjasama dengan agensi lain di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), supaya dapat melancarkan operasi menyelamat secara bersama, membabitkan agensi-agensi berkenaan.



-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution