Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Media Asia Perlu Tumpu Selain Berita Serius Bagi Laksana Transformasi Digital - CNN
Last update: 06/10/2017

Oleh Ratcharathan Rawe Shanggar


CYBERJAYA, 6 Okt (Bernama) -- Syarikat media Asia perlu memberi tumpuan kepada isu yang berteraskan rakyat dan sosio-ekonomi yang menarik selain laporan berita-berita serius dan politik, kata Pengarah Asia Digital CNN Marc Lourdes.


Beliau berkata terdapat ruang bagi media untuk meninjau perkara ini dan menumpukan kepada isu yang akan menjadikan industri lebih menarik, untuk mencatat kemajuan pada masa akan datang.

 "Media Asia semakin menarik berikutan lebih banyak syarikat media digital baharu yang wujud, menjadikan media tradisional memikirkan semula strategi mereka," katanya kepada Bernama di luar Malaysian Global Innovation and Creativity Centre Symposium 2017 (MA2017) di sini hari ini.


Lourdes berkata syarikat media Asia perlu lebih memberi tumpuan kepada pertumbuhan teknologi dan digital susulan ledakan teknologi akan melanda industri tidak lama lagi. 


Beliau berkata pertumbuhan teknologi penerbitan digital dijangka membawa dilema baharu bagi syarikat media jika syarikat tersebut tidak cukup bersedia.    


"Di Amerika Syarikat, unjuran menjelang 2023, kebanyakan interaksi orang dengan peranti akan berasaskan suara. Ini akan menjadi peralihan asas dalam hubungan antara teknologi dan kewartawanan.  


"Di CNN, kami mempunyai unit dron. Kami melatih orang untuk mengambil gambar dan video dengan menggunakan dron. Bagaimanapun, saya melihat perkara ini tidak begitu dipraktikkan dalam kalangan media tempatan di Asia," kata Lourdes.      


Kira-kira 2,000 peserta dijangka menyertai simposium selama empat hari itu yang akan berakhir esok.


-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution