|
Trump Saran Pengurangan Defisit Perdagangan AS-Thailand
Last update: 03/10/2017
WASHINGTON, 3 Okt (Bernama) -- Presiden Donald Trump pada Isnin mencadangkan pengurangan defisit perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Thailand ketika bertemu Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha di Rumah Putih, lapor agensi berita China Xinhua.
"Hubungan perdagangan kita semakin hari semakin penting. Thailand merupakan rakan dagang yang baik," kata Trump kepada Prayut di depan wartawan menjelang rundingan dua hala mereka.
"Saya rasa kami akan cuba dan menjual lebih sedikit kepada anda sekarang, mungkin juga lebih banyak, jika itu tidak mustahil," kata Trump.
Statistik Wakil Perdagangan AS menunjukkan bahawa negara itu mengekalkan defisit perdagangan barangan dengan Thailand sebanyak US$18.9 bilion pada 2016.
Sepanjang dekad yang lalu, perdagangan dua hala antara Washington dan Bangkok meningkat lebih 36 peratus dengan eksport AS ke Thailand meningkat lebih 30 peratus kepada US$10.6 bilion.
Kategori utama eksport AS ke negara Asia Tenggara termasuk mesin elektrik, jentera, pesawat, peralatan optik dan perubatan serta kenderaan.
"Kita mempunyai hubungan yang sangat kukuh ketika ini," kata Trump.
Sementara itu, Prayut berkata Thailand akan bekerjasama rapat untuk memperkukuh jalinan usaha sama antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA
|
|
<Back> |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| OPENING, TUESDAY, MAR 9US | 4.1180/1230 | S'pore | 3.0479/0520 | 100 Yen | 3.7752/7805 | Sterling | 5.6882/6967 | Euro | 4.8769/8833 | Source: Bank Negara Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|