Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Sembilan Pasangan Melangsungkan Perkahwinan Beramai-ramai Di Tapah
Last update: 30/09/2017

TAPAH, 30 Sept (Bernama) -- Sembilan pasangan melangsungkan perkahwinan beramai-ramai pada Majlis Jom Nikah 2017 sempena Program Pemukiman Menteri Besar Perak yang berlangsung di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Majlis anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dan Persatuan Ketua-ketua Kampung Parlimen Tapah itu dimulakan dengan majlis akad nikah di Masjid Daerah Tapah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil negeri Datuk Samsudin Abu Hassan berkata majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan pasangan pengantin untuk melangsungkan hari bersejarah mereka.

Beliau berkata pasangan yang terpilih merupakan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan hanya perlu membayar sebanyak RM2,000 sahaja bagi urusan walimatulurus. 

"Program sebegini boleh merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat dan ini merupakan penghargaan daripada saya sebagai ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) di kawasan ini kepada masyarakat setempat," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan yang turut dihadiri kira-kira 3,500 orang.

Sementara itu, seorang pengantin lelaki Muhammad Rizam Fahmi Ani, 26, berkata majlis itu bukan sahaja dapat meringankan perbelanjaan malah dapat merasai kemeriahan yang berganda dengan penglibatan pasangan pengantin yang lain.

"Apabila saya mengetahui mengenai majlis ini menerusi laman sosial Facebook, saya dan pasangan serta keluarga masing-masing terus bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan dan persandingan seperti ini.

"Penganjuran majlis seperti ini ternyata banyak membantu pasangan muda seperti kami untuk mendirikan rumah tangga tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar," katanya yang berkahwin dengan pasangannya Nor Saliza Shahrudin, 26 tahun.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution