Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Larangan Perjalanan Ke Korea Tidak Jejaskan Rakyat Malaysia - MATTA
Last update: 28/09/2017

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berkata larangan perjalanan ke Korea Utara yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar hari ini tidak mempunyai kesan yang ketara terhadap rakyat Malaysia.



Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang berkata rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke luar negara untuk bercuti tidak terjejas dengan larangan perjalanan itu oleh kerana sebahagian besar daripada mereka akan memilih destinasi popular lain bagi mengelak daripada berdepan sebarang risiko.



"Selain itu, menjadi tugas semua ejen pelancongan untuk sentiasa berwaspada dengan menjadikan keselamatan pelancong sebagai keutamaan mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.



Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia dilarang melakukan perjalanan ke Korea Utara sehingga dimaklumkan kemudian memandangkan keputusan itu dibuat berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Semenanjung Korea dan perkembangan lain yang berkaitan ekoran daripada ujian peluru berpandu.



Larangan perjalanan itu akan disemak semula sebaik sahaja keadaan kembali pulih.



-- BERNAMA



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution