Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Kehadiran Chong Wei Suntik Semangat Kelab Badminton Petaling Untuk Menang SSPL
Last update: 05/01/2017

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kehadiran jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei bersama Kelab Badminton Petaling akan memberi kemenangan buat pasukan itu sekali gus layak ke peringkat kalah-mati pada SS Purple League (SSPL) musim ini.



Jurulatih kelab, Yap Kim Hock berkata Chong Wei akan melakukan penampilan sulungnya dalam kempen SSPL musim ini pada Sabtu, untuk bertemu Kelab Badminton Ampang Jaya pada perlawanan terakhir peringkat liga.

"Kehadiran Chong Wei pasti menyuntik semangat pasukannya yang masih memerlukan kemenangan dalam dua baki perlawanan peringkat terakhir. Saya harap beliau dapat memberikan mata kepada pasukan.



"Paling penting motivasi pasukan juga pastinya lebih tinggi dengan kehadiran Chong Wei. Bagaimanapun, Chong Wei tidak akan bermain dalam kategori perseorangan lelaki," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Chong Wei dijadualkam akan bergandingan bersama pemain wanita dari China, Zhao Yunlei di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras.

Selain itu, Kim Hock berkata pasukannya akan menurunkan barisan pemain terbaik dalam baki dua perlawanan kerana pungutan mata pasukannya masih belum selamat untuk layak ke Genting Highlands bagi peringkat kalah-mati nanti.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution