Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Polis Patahkan 14 Cubaan Serangan Daesh Di Malaysia
Last update: 06/12/2016

(membetulkan fakta dalam intro. Sila baca ...militan
Daesh di Malaysia)

Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin

AMMAN (Jordan), 6 Dis (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya
mematahkan 14 cubaan serangan keganasan oleh kumpulan militan Daesh di Malaysia.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata orang ramai hanya mengetahui serangan
militan Daesh adalah di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor pada 28 Jun
lalu, sedangkan banyak cubaan kumpulan itu berjaya ditangani oleh polis.
"Ramai yang tidak percaya ancaman Daesh ini jelas dan wujud. Saya sudah
bercakap tentang Daesh sejak 2013 tetapi lepas kes pengeboman di Puchong
baru ramai percaya," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja mengenai 'Krisis
Fahaman ISIS: Kesan, Pengaruh dan Pendekatan Pihak Berkuasa Malaysia' semasa
Seminar Menangani Keganasan Ekstremisme di Universiti of Jordan di sini
baru-baru ini.
Ayob Khan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci berkenaan cubaan
serangan yang lain.
-- LAGI

POLIS-DAESH 2 AMMAN

Beliau berkata Daesh banyak menggunakan media sosial semaksimum mungkin
dalam merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi mereka.
"Mereka ada beribu-ribu cybertroopers...selalu membalas apa yang kita
uar-uarkan. Kumpulan ini ada televisyen dalam talian yang beroperasi 24 jam.
Mereka juga ada laman web dan Twitter yang telah disekat. Sejak pertengahan
tahun 2015 sehingga sekarang, sejumlah 360,000 akaun telah disekat," katanya.
Katanya kumpulan itu juga menerbitkan majalah dalam talian 'DABIQ', dan
semua ini menyebabkan pihak berkuasa juga perlu menekankan kepada media sosial
untuk menanganinya.
"Mereka juga ada lima kumpulan penggodam. Ada seorang warga Kosovo yang
menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia telah menggodam
laman web sebuah syarikat dan mencuri maklumat mengenai butir-butir peribadi
tentera Amerika Syarikat dan menyalurkannya kepada kumpulan IS.
"Kita tangkap dan ekstradisi ke Amerika Syarikat dan dia telah pun
dibicarakan dan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara," katanya.
-- LAGI

POLIS-DAESH 3 (AKHIR) AMMAN

Ayob Khan berkata kumpulan Daesh juga menggunakan 23 bahasa untuk
menyebarkan ideologi mereka.
"Bagi statistik rakyat Malaysia di Syria pula adalah 27 orang lelaki, wanita
(12), kanak-kanak lelaki sembilan orang, lapan kanak-kanak perempuan. Yang telah
meninggal dunia 27 orang dan yang balik ke Malaysia lapan orang," katanya.
Ayob Khan berkata polis tidak akan bertolak ansur dengan aktiviti militan
dan akan terus menjalankan operasi terhadap mana-mana individu, kumpulan atau
pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan mereka yang melangkaui garisan keselamatan
akan ditangkap tanpa mengira latar belakang.
"Kita telah menahan 260 orang dari pelbagai negara kerana penglibatan dalam
kumpulan militan bermula dengan empat orang pada 2013, 59 orang pada 2014, 82
(2015) dan 115 (2016).
"Bagi rakyat Malaysia yang ditahan kerana penglibatan dalam kumpulan Daesh,
14 adalah tentera dengan empat daripadanya adalah komando. Tiga anggota polis
kita tangkap...juga ditangkap imam masjid, pensyarah universiti dan pegawai
kerajaan yang ada gelaran Datuk," katanya.
-- BERNAMA
KAY KAY HAZ

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution