Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Dua Guru Maut Dalam Kejadian Bot Karam Di Kota Belud
Last update: 21/08/2016

KOTA BELUD, 21 Ogos (Bernama) -- Dua orang guru mati lemas dalam insiden bot karam yang dinaiki 10 individu ketika dalam perjalanan dari Kampung Rampayan Laut menuju Pulau Mantanani dekat sini petang tadi.



Jurucakap Balai Bomba Kota Belud berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 petang itu ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mantanani, Limun Gamburud dan seorang lagi guru sekolah berkenaan Kamariah Hamdan.



"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sementara lapan lagi sedang dirawat di Hospital Kota Belud," katanya kepada Bernama.



Balai Bomba Kota Belud menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 3.45 petang dan lapan anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 25 minit kemudian.



Operasi menyelamat tamat pada jam 7.25 malam.



Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Arshad, Mohd Mustazar Bundah yang merupakan saudara kepada Kamariah begitu terkejut dengan kejadian itu.



Beliau berkata saudaranya itu baharu sahaja ditukarkan ke sekolah berkenaan dari Sekolah Kebangsaan Nahaba.



"Kali terakhir saya berkesempatan bertanya mengenai suasana mengajar di sana (SK Mantanani). Menurut beliau setiap tempat dan sekolah ada cabaran dan dugaan kepada seorang guru," katanya.



Kamariah meninggalkan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.



-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution