Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
WWF Malaysia Sumbang Peralatan Kepada Renjer Pantau Royal Belum
Last update: 08/08/2016

IPOH, 8 Ogos (Bernama) -- Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia hari ini menyumbang pelbagai peralatan kepada Perbadanan Taman Negeri Perak bernilai RM28,477 untuk tujuan pemantauan dan penguatkuasaan di Taman Negeri Royal Belum, Gerik.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata peralatan itu termasuk telefon satelit, peralatan navigasi GPS, 'walkie talkie', peralatan perkhemahan serta kamera.

"Sumbangan itu diharap dapat memastikan keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan hutan simpan itu," kata pada majlis penyerahan sumbangan itu di sini hari ini.

"Saya melahirkan penghargaan kepada WWF yang menyumbangkan peralatan itu dan usaha konservasi harimau turut dijalankan di Taman Negeri Royal Belum yang merupakan kawasan penting bagi pemuliharaan hidupan liar di negara ini.



"Di kawasan itu terdapat lebih 10 spesis 'hornbill' dan kehadiran haiwan itu lebih tinggi daripada di Sarawak," katanya.

Nolee Ashilin berkata sumbangan itu juga bersempena sambutan Hari Renjer Sedunia pada 31 Julai lalu bagi mengiktiraf pengorbanan dan jasa renjer dalam pemuliharaan dan pemeliharaan kepelbagaian bio di negara ini.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution