Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
UMNO Kelantan Zahir Sokongan Terhadap Perdana Menteri
Last update: 25/07/2016

KOTA BAHARU, 25 Julai (Bernama) -- Badan Perhubungan UMNO Kelantan menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendepani pelbagai cabaran semasa termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata UMNO Kelantan akan sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib di sebalik tohmahan daripada pelbagai pihak.


"Pelbagai fitnah dilemparkan terhadap beliau (Najib) namun beliau menanganinya dengan penuh kesabaran. Kita yakin beliau akan terus dapat menangani tohmahan dan apa jua cabaran yang dilemparkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Bangunan UMNO Kelantan di sini malam tadi.


Khamis lepas, Najib berkata kerajaan memandang serius saman sivil yang dikemukan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan.


Perdana menteri menegaskan ia merupakan tindakan sivil dan bukannya tindakan jenayah, selain ia terhad kepada nama-nama yang disebutkan dalam dokumen DOJ itu.


Dalam pada itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Badan Perhubungan UMNO Kelantan turut menyokong penuh pendirian kerajaan Malaysia untuk tidak melindungi mana-mana pihak yang didapati menyeleweng dana 1MDB berkenaan.


"Kita menyokong kerajaan untuk memastikan tindakan tegas ini diambil terhadap mereka dan pada masa yang sama tindakan ini diambil segera.


"Kita tak mahu perkara ini (tindakan tegas) ditangguhkan kerana ia akan menimbulkan banyak tanda tanya (dalam kalangan masyarakat)," katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, Mustapa berkata UMNO Kelantan banyak menerima permintaan daripada pelajar universiti, kakitangan kerajaan dan anggota akar umbi UMNO negeri yang mahu sesi penerangan dibuat berhubung isu 1MDB.


Beliau berkata pihaknya sedang mempersiap beberapa penceramah yang memahami isu berkenaan dengan baik agar sesi penerangan itu dapat dilaksanakan.


-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution