Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Polis Tahan Lima Suspek Kes Bunuh Wanita Di Taman Semarak, Nilai
Last update: 12/07/2016

NILAI, 12 Julai (Bernama) -- Polis menahan lima suspek termasuk seorang wanita dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang wanita di Taman Semarak di sini, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an itu ditahan di beberapa lokasi di daerah ini antara 4 Julai lalu sehingga semalam.

Beliau berkata dalam kejadian pada 1 Julai lalu, seorang lelaki berusia 20-an bertindak memukul isterinya hingga mati di sebuah rumah di taman berkenaan, dipercayai bermotifkan cemburu.

"Selain suspek, empat rakannya dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

"Semua mereka memukul mangsa mengakibatkan kecederaan di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Zaldino berkata sebaik menerima laporan dari orang awam, polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mangsa yang berusia 25 tahun itu mati dengan beberapa kesan kecederaan.

"Hasil risikan dijalankan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) negeri dan daerah berjaya menahan semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

-- BERNAMA



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution