Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Lima Jurulatih Baharu Dalam Saringan Akhir T-team - Exco
Last update: 03/08/2014

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos (Bernama) -- Pasukan berstatus kelab T-Team telah mengenal pasti lima jurulatih baharu yang berpontensi di peringkat saringan akhir bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih pasukan itu selepas pengendalinya Mohd Azraai Khor Abdullah meletak jawatan pada 25 Julai lalu.



Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Rozi Mamat berkata namun setakat ini tiada keputusan muktamad yang dikeluarkan pihaknya dan akan mengumumkan dalam masa terdekat.



Katanya selain daripada jurulatih tempatan, pihaknya juga ada menerima beberapa senarai jurulatih dari luar negara bagi mengisi kekosongan tersebut.



"Walaupun telah ada beberapa nama yang dicalonkan untuk menerajui pasukan itu namun setakat ini kita belum mengesahkan siapa yang bakal memimpin pasukan itu.



"Untuk memilih jurulatih bukannya mudah, jadi kita akan mencari mereka yang mempunyai potensi dan komitmen seratus peratus untuk membimbing pasukan itu selepas ini," katanya kepada pemberita di sini hari Ahad.



Mohd Azraai, 62, mengambil keputusan melepaskan jawatannya sebagai pengendali T-Team berikutan rasa bertanggungjawab kerana gagal membawa dan mengekalkan The Titans dalam saingan Liga Super.



Dilaporkan juga bahawa, penolong Mohd Azraai, Azlan Johar juga dikatakan turut mengikut langkah yang sama.



Rozi berkata beliau telah dimaklumkan bekas pengulas sukan Astro Arena itu juga mahu melepaskan jawatan penolong jurulatih, namun sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang surat peletakan jawatan rasmi daripada Azlan.



"Jadi kita sedang berunding dengan beberapa jurulatih tempatan untuk menggantikan dua jawatan ketua jurulatih dan penolong jurulatih T-Team," katanya.



Dalam pada itu, Rozi turut memaklumkan bahawa pihaknya telah melakukan rombakan barisan pengurusan minggu lepas bagi penambahbaikan berikutan kecewa dengan prestasi pasukan itu meskipun banyak peruntukan telah dibelanjakan.



"Jadi kita telah mengadakan mesyuarat dan telah meminta laporan penuh ekoran kegagalan yang dialami pasukan itu," katanya.



-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution