Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Dbkl Bina Laluan Basikal Dari Midvalley Ke Dataran Merdeka
Last update: 03/08/2014

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Satu
laluan berbasikal sepanjang 5.5
kilometer menyelusuri pinggir Sungai Klang dari Midvalley ke Dataran Merdeka
dijangka akan dibuka kepada orang ramai menjelang awal tahun depan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pembinaan
laluan itu kini di peringkat akhir dan dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung

tahun ini.
"Laluan sudah ada...jajaran dah siap... cuma hendak diperbaiki bagi
memastikan keselamatan dan juga keselesaan penunggang basikal dapat diwujudkan.
"Lagipun ada satu jejak perlu dibincangkan bersama Prasarana (Syarikat
Prasarana Negara Berhad) kerana ia merentasi dan menggunakan laluan ke LRT
(Light Rail Transit)," katanya kepada pemberita selepas berbasikal bersama
peserta dalam program "Hari Bebas Kenderaan Kuala Lumpur Edisi Raya" di sini
hari ini.
Terdahulu, seawal 7 pagi, Ahmad Phesal bersama hampir 5,000 peserta termasuk
yang berjalan kaki, berjoging dan memakai 'roller blade' mengelilingi kawasan
sekitar ibu negara sejauh tujuh kilometer.
-- LAGI

DBKL-BASIKAL 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana program itu Datuk Naim
Mohamad berkata, walaupun masih dalam minggu pertama perayaan Aidilfitri,
kempen 'KL Pagi Bebas Kenderaan' yang kini masuk edisi kelapan berjaya disertai
ribuan peserta.
Sambutan yang amat menggalakkan itu membuktikan warga kota amat menghargai
dan menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu
menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar bebas karbon menjelang 2030.
Sehubungan itu, Naim, yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan
Berbasikal Malaysia berkata cadangan untuk mengadakan riadah itu setiap dua
minggu sekali akan dipertimbangkan secepat mungkin bagi memberi peluang kepada
warga kota beriadah selalu.
"Penerimaan warga kota amat baik dan memang ada permintaan supaya aktiviti
riadah ini dilakukan setiap minggu namun ia masih dalam perancangan dan kita
akan lihat kesesuaian aktiviti ini nanti.
"Selain menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan agama, aktiviti riadah
ini juga boleh dijadikan tempat berkumpul secara bulanan bagi mana-mana alumni
dan persatuan," katanya.
-- BERNAMA
AFCL HK RAM

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution