Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Ibu Bapa Perlu Kerap Pantau Anak Daripada Bermain Mercun
Last update: 07/07/2014

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ibu bapa dinasihatkan supaya lebih kerap memantau anak-anak mereka agar tidak bermain mercun sepanjang Ramadan dan menjelang Aidil Fitri.


Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata ibu bapa juga harus bertanggungjawab meningkatkan kesedaran anak-anak mereka mengenai bahaya bermain mercun.


"Kesedaran mengenai bahaya mercun seolah-olah tiada, walaupun banyak kecederaan dan kemalangan teruk akibat bermain mercun dilaporkan di media tempatan, kejadian sama masih lagi berlaku," katanya kepada Bernama,di sini pada Isnin.


Terbaru, seorang pelajar tingkatan dua di Kelantan, putus dua jari tangan kanan apabila mercun jenis botol yang dipasangnya, meletup di tangannya.


Lee berkata pihak berkuasa perlu bertindak lebih tegas bagi memastikan tiada individu sewenang-wenangnya membuat mercun sendiri, selain melipatgandakan usaha membanteras penjualan bahan letupan itu di negara ini.


Bagi Naib Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Siti Rahayu Zakaria, penguatkuasaan undang-undang bagi melarang keras penjualan mercun harus dipertingkat agar penjualan bahan letupan itu tidak berleluasa.


"Saya juga berharap pihak berkuasa melakukan operasi secara besar-besaran agar pihak tidak bertanggungjawab yang menjual bahan itu tanpa permit pada musim perayaan dikenakan tindakan sewajarnya," kata Siti Rahayu.


Siti Rahayu berkata pendekatan psikologi sama ada dalam bentuk iklan dan Pesanan Khidmat Awam (PSA) perlu memandangkan tahap kesedaran masyarakat mengenai bahaya bermain mercun masih rendah.


Sementara itu, aktivis pengguna Datuk Nadzim Johan berkata selain ibu bapa dan pihak berkuasa, komuniti juga seharusnya peka dan prihatin dengan memberi nasihat kepada kanak-kanak dan remaja sekiranya melihat mereka bermain mercun.


-- BERNAMA



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution