Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Miti Akan Teruskan Penganjuran Festival Keusahawan Bersama Thailand
Last update: 19/06/2014

KOTA BAHARU, 19 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan meneruskan penganjuran festival keusahawanan bersama Thailand bagi meneroka pelbagai peluang perniagaan di negara berkenaan.



Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Miti, Khalidah Mohd Darus berkata kerjasama perdagangan itu penting berikutan keupayaan program itu dalam memantapkan pembangunan perdagangan kedua-dua negara.



"Hasil perbincangan yang dijalankan, Thailand juga menyambut baik kerjasama itu. Kemungkinan program ini akan dilakukan secara bergilir-gilir mulai tahun hadapan," katanya kepada pemberita pada majlis makan tengah hari rantaian bersama Miti di sini hari ini.



Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Festival Perdagangan 'OTOP-Groombig' Asean selama seminggu mulai Ahad lepas, di dataran Stadium Sultan Muhammad IV di sini, yang disertai 300 usahawan dalam pelbagai sektor dari negeri Pantai Timur, Perak, Sabah, Sarawak, Thailand serta wakil usahawan dari negara anggota ASEAN.



Aktiviti sepanjang festival itu termasuk pameran dan jualan produk, seminar keusahawanan, sesi pemadanan perniagaan, bual bicara tokoh usahawan dan pelancaran kelab usahawan sekolah.



Khalidah berkata penyertaan dalam festival itu akan ditambah sebanyak 20 peratus tahun hadapan, dalam pelbagai bidang, termasuk sektor halal, yang dijangka mendapat sambutan penduduk beragama Islam di Thailand.



Beliau berkata festival itu bukan hanya bertujuan mewujudkan jaringan hubungan pembangunan dan pemasaran produk, malah untuk menyalurkan maklumat kepada peserta supaya lebih berdaya saing di peringkat global.



Katanya ilmu berkaitan prosedur perdagangan dan maklumat penghasilan produk yang menepati piawaian antarabangsa penting bagi usahawan untuk mengetengahkan produk ke pasaran global.



-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution