Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
OCBC Al-Amin Dipilih Bank Islam Terbaik 2104
Last update: 02/06/2014

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- OCBC Al-Amin Bank Bhd dipilih sebagai Bank Islam Terbaik Tahun 2014 di Malaysia oleh "The Banker", majalah kewangan antarabangsa bulanan yang berpangkalan di London.



Anugerah itu merupakan anugerah perbankan antarabangsa paling lama di dunia dan merupakan kali pertama bank Islam milik asing pernah memenangi anugerah ini di Malaysia, kata OCBC dalam satu kenyataan.



Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Amin Syed Abdull Aziz Syed Kechik berkata anugerah itu mengukuhkan lagi kekuatan dan pertumbuhan bank tersebut sejak diasaskan pada 2008.



"Di samping penghormatan ini, kami juga mengiktiraf rangka kerja kukuh yang disediakan pihak pengawal selia yang memungkinkan kami mencapai kejayaan ini," katanya dalam kenyataan itu.



Dengan kedudukan kukuh di bahagian korporat, sektor runcit OCBC Al-Amin semakin berkembang pesat terutamanya dengan pengenalan cawangan baharu OCBC Al-Amin Xpres.



Setakat ini, bank itu memiliki 10 cawangan perbankan Islam kendiri termasuk dua cawangan baharu OCBC Al-Amin Xpres.



-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution