Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Tohmahan Konon Syabas Adalah Punca Catuan Air Adalah Tidak Tepat
Last update: 06/05/2014

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini kesal dengan tohmahan kononnya syarikat itu gagal menangani masalah bekalan air sehingga mengakibatkan gangguan bekalan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred dalam satu kenyataan berkata, dakwaan itu adalah tidak benar kerana gangguan bekalan air berlaku antara lain disebabkan kekurangan bekalan air terawat untuk para pengguna.

"Ia (masalah air) berpunca daripada tiga faktor utama iaitu kekurangan bekalan air mentah, kekurangan kapasiti loji rawatan air dan kekurangan kapasiti sistem agihan untuk menyalurkan bekalan air ke premis pengguna.

"Ketiga-tiga faktor ini adalah dibawah bidang kuasa pihak yang berlainan iaitu antara kerajaan negeri Selangor, syarikat operator loji rawatan air dan Syabas sendiri," katanya.

Alfred berkata demikian Selasa sebagai mengulas kenyataan Anggota Parlimen Shah Alam daripada PAS Khalid Samad di dalam akhbar tempatan bertarikh 21 April yang antara lain mendakwa kononnya punca masalah air berpunca daripada kegagalan Syabas menangani masalah paip bocor dan menyebabkan pembaziran berlaku.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan Khalid itu, Alfred berkata loji rawatan air sedia ada ketika ini tidak lagi mampu menampung peningkatan permintaan pengguna.

Katanya masalah air itu juga disebabkan kekurangan bekalan air mentah ekoran penutupan dua loji rawatan air di Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi akibat sumber air mentah dari Sungai Langat mengandungi paras ammonia yang tinggi.

Katanya, bukan itu sahaja, keputusan untuk membuat pelan catuan air juga dipengaruhi oleh paras simpanan air mentah di empangan Sungai Selangor dan Klang Gates yang menurun ke paras kritikal.

Priscilla berkata ketidakmampuan sistem agihan sedia ada menyalurkan bekalan air daripada loji rawatan air menyebabkan bekalan air terawat tidak sampai sepenuhnya kepada pengguna.

"Keadaan sistem paip agihan yang usang dan berusia telah menyebabkan berlaku kebocoran dan pecah, sekali gus menyumbang kepada kehilangan air tanpa hasil," katanya.

Priscilla berharap penjelasan ini akan dapat memberi pemahaman mengenai situasi sebenar yang telah berlaku dalam industri bekalan air negara.

"SYABAS amat bersedia, malah akan sentiasa berganding bahu dengan pemimpin, wakil rakyat, dan pemimpin masyarakat dalam berkongsi maklumat tepat untuk kepentingan pengguna," katanya.

-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution