Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Aquino Akhiri Lawatan Ke Malaysia
Last update: 01/03/2014

SEPANG, 28 Feb (Bernama) -- Presiden Filipina Benigno S.Aquino III menamatkan lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia Jumaat malam.


Aquino dan delegasinya berlepas pulang dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 11.15 malam.


Turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.


Terdahulu, Aquino bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu dua hala dan meneliti peluang bagi terus memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara.


Beliau turut menghadiri Jamuan Negara yang dihoskan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara.


Semasa lawatan beliau, Aquino turut bertemu komuniti Filipina dan menghadiri forum perniagaan dengan ahli perniagaan Malaysia.


Ketika ini, Malaysia dan Filipina menikmati hubungan dua hala yang mesra dan kerjasama erat dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama di peringkat antarabangsa.


-- BERNAMA



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution