Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Maybank Tawar Pembiayaan Perdaganagn Ringgit Di China
Last update: 04/02/2014

KUALA LUMPUR, 4
Feb (Bernama) -- Maybank menawarkan pembiayaan perdagangan
dalam ringgit bagi pelanggan-pelanggan di seluruh China melalui
cawangan-cawangannya di Beijing dan Shanghai, termasuk surat kredit, pembiayaan
import, eksport dan pertukaran mata wang.
Dalam satu kenyataan hari ini, Maybank berkata bank-bank China yang lain
mungkin juga memohon untuk menjadi ejen lantikan bank itu untuk menawarkan
pembiayaan ringgit kepada pelanggan masing-masing di seluruh China.
Perkhidmatan baharu itu menjadikan Maybank sebagai bank pertama yang
menawarkan kemudahan sedemikian di negara berkenaan.
Ketua Perbankan Transaksi Maybank Global, John Wong, berkata perkhidmatan
baharu itu memperkukuh kedudukan Maybank sebagai bank Malaysia pertama
memberikan perkhidmatan bagi perniagaan di China kerana ia merupakan
satu-satunya bank Malaysia yang dilantik oleh Bank Rakyat China (PBOC) sebagai
penggerak pasaran bagi ringgit/renminbi.
"Ia menyediakan mata wang mudah tunai baharu dengan pilihan lindung nilai,
membantu mengurangkan pendedahan pertukaran asing dan yang lebih penting,
membolehkan kedua-dua pihak meraih manfaat daripada terma-terma perdagangan yang
lebih baik dan kos rantaian nilai yang lebih rendah, yang kesemuanya adalah
sejajar dengan misi Maybank untuk memasukkan unsur kemanusiaan dalam
perkhidmatan kewangan," kata Wong.
Beliau juga berkata Malaysia adalah rakan dagang ketiga terbesar di Asia
bagi China dengan nilai perdagangan yang semakin meningkat dan mencecah US$106
bilion pada 2013 berbanding US$94.0 bilion pada 2012.
"Keupayaan baharu ini akan membantu memperkukuh kedudukan peneraju Maybank
dalam pembiayaan perdagangan di Malaysia yang memberikannya penguasaan pasaran
sebanyak lebih 26 peratus sekarang," katanya.
Maybank giat memperluaskan operasinya di peringkat serantau dan hari ini ia
mempunyai rangkaian global yang terdiri daripada lebih 2,200 pejabat dan lebih
daripada 800 bank wakil yang membolehkannya memanfaatkan peluang-peluang
globalisasi dan aliran perdagangan yang berubah-ubah.
-- BERNAMA
HHM HHM NN KY

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution