Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Kontrak Hadapan Msm Didagangkan Antara Rm2,400-rm2,600 Setan Dalam Dagangan Lengang Minggu Depan
Last update: 01/02/2014

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Kontrak hadapan minyak sawit
mentah (MSM)
di Bursa Malaysia Derivatif dijangka bergerak antara RM2,400 dan RM2,600 setan,
minggu depan dalam dagangan lengang, kata peniaga.
Pedagang Kanan Interband Group of Companies Jim Teh berkata kebanyakan
pelabur mungkin bercuti lama sempena Tahun Baru Cina (CNY).
Teh yang menjangkakan kedudukan pasaran turun naik, mengunjurkan dagangan
spekulatif akan menyokong harga.
Pasaran ditutup tinggi pada Khamis walaupun jumlah dagangan rendah berikutan
pasaran berurus niaga setengah hari sempena cuti CNY.
Urus niaga ditutup sehingga 3 Feb sempena CNY dan cuti Hari Wilayah
Persekutuan pada Isnin.
Dagangan dibuka semula pada Selasa.
Sementara itu beberapa peniaga menjangkakan permintaan akan kembali
meningkat pada bulan-bulan akan datang apabila cuaca semakin panas.
Mengikut perbandingan Jumaat ke Jumaat, Februari 2014 susut RM42 kepada
RM2,535 setan, Mac 2014 susut RM29 kepada RM2,564, April 2014 turun RM28 kepada
RM2,563, Mei 2014 susut RM37 kepada RM2,555, Jun 2014 turun RM38 kepada RM2,550
dan Julai 2014 berkurangan RM32 kepada RM2,546 setan.
Jumlah dagangan mingguan susut kepada 121,989 lot berbanding 163,589 lot
sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 193,243 kontrak
berbanding 192,541 kontrak sebelumnya.
Di pasaran fizikal. Februari ke selatan didagangkan RM35 lebih rendah kepada
RM2,580 setan.
-- BERNAMA
SOR SOR LAT

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution