Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
22,642 Keluar Mengundi Sehingga Pukul 4 Petang
Last update: 04/11/2013

YAN, 4 Nov (Bernama) -- Seramai 22,642 pengundi atau 83.2 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN itu setakat pukul 4 petang ini, kata jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Tempoh pengundian yang berbaki kurang sejam menyaksikan pusat-pusat mengundi semakin lengang memandangkan ramai yang telah mengundi pada sebelah pagi.


Bagaimanapun, jentera kedua-dua parti politik yang bertanding dilihat masih bersemangat bersorak serta mengibarkan bendera masing-masing di beberapa kawasan seperti di Sekolah Kebangsaan Dulang dan daerah mengundi Titi Batu bagi memberi semangat kepada pengundi.


Cuaca di kawasan Sungai Limau juga masih cerah walaupun Jabatan Meteorologi meramalkan ribut petir melanda petang ini.


Proses penjumlahan undi dijangka bermula pukul 5.30 petang ini, dengan keputusan rasmi dijangka diumum 9 malam ini.


Pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei lepas sebanyak 89 peratus daripada 27,364 pengundi telah mengundi.


-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution