Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Raja Muda Perlis Harap Unimap Dan La Trobe Perluas Kerjasama
Last update: 30/09/2013

KANGAR, 30 Sept (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan La Trobe University, Australia memperluas kerjasama yang dilakar sejak 2005.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP bertitah terdapat banyak lagi bidang yang boleh diteroka kedua-dua universiti itu selain 'Microelectromechanical systems Design' (MEMS).

UniMAP ada program bukan kejuruteraan seperti perniagaan dan media baharu yang memungkinkan kerjasama ini selain pertukaran pelajar, titah baginda semasa meraikan delegasi La Trobe University dan Pesatuan Alumni La Trobe University Malaysia (PALTUM), di sini Isnin.

Menerusi kerjasama UniMAP-La Trobe yang dimeterai pada 2007, UniMAP menghantar lima tenaga pengajar melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah di La Trobe, manakala universiti itu pula menghantar pensyarah kanannya Prof Jack Singh sebagai pemeriksa luar ke UniMAP untuk tempoh lima tahun bermula 2005.

Delegasi La Trobe yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselornya Prof John Rosenberg dan delegasi PALTUM berada di Perlis selama tiga hari sejak Sabtu bagi melawat negeri ini termasuk mengadakan perhimpunan PALTUM.

Tuanku Syed Faizuddin yang merupakan penaung PALTUM, bertitah UniMAP akan menganjurkan 'Asian Summer Program' pada Ogos tahun depan yang mungkin melibatkan pelajar La Trobe.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pengerusi PALTUM. Hadir sama bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Datin Paduka Dr Jamilah Ariffin yang merupakan bekas pelajar La Trobe.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution