Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
KTMB Tambah Perkhidmatan Sempena Aidilfitri
Last update: 16/07/2013

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah perkhidmatan Intercity ke semua destinasi berikutan permintaan ramai sempena Aidilfitri.

Pengurus Kanan Pemasaran KTM Intercity Mohd Noordin Kimi berkata tiket tambahan bagi tren antara bandar itu akan dijual mulai 2 hingga 8 Ogos.

"Empat perkhidmatan tren tambahan akan beroperasi bagi perjalanan ke pantai timur dan utara tanah air pada setiap hari seawal 10 pagi dalam tempoh itu.

"Kecenderungan warga kota membeli tiket di saat akhir juga menyebabkan pihak kami menyediakan perkhidmatan tren perjalanan KL Sentral-Ipoh dan Ipoh-KL Sentral pada setiap dua jam setiap hari," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya 21,700 tiket disediakan bagi perkhidmatan tren Intercity ke seluruh destinasi dan kira-kira 15,300 tiket telah dijual dari 6 hingga 15 Jun lepas.

Mohd Noordin berkata tiket Intercity juga akan dijual seminggu selepas Aidilfitri bagi memudahkan orang ramai merancang perjalanan pulang ke destinasi masing-masing.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution