Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Universiade : Skuad Hoki Berpesta Gol, Kalahkan Poland 7-1
Last update: 07/07/2013

Daripada Nursyabiha Sukri


KAZAN, (Russia) 7 Julai (Bernama) -- Malaysia memulakan kempen acara hoki dengan langkah kanan apabila mengalahkan Poland 7-1 pada temasya Sukan Universiti Dunia ke-27 (Universiade 2013) di sini Ahad.


Malaysia sekadar memanaskan badan dalam saingan Kumpulan A apabila menguasai perlawanan dengan gerakan kemas dan melakukan serangan secara konsisten.


Dangerous Lee membuka tirai jaringan seawal minit keempat sebelum menambah jaringan pada minit ke-24.


Havinder Singh meletakkan Malaysia pada kedudukan 3-0 menerusi jaringan minit ke-34 sebelum perlawanan berhenti rehat.


Dalam babak kedua, skuad bimbingan Nor Azlan Bakar, terus melakukan serangan bertali arus dengan menambah jaringan menerusi Kazamirul Nasruddin pada minit ke-50.


Dua minit kemudian, Muhamad Hafiz Zainol menambah derita Poland dengan gol kelima diikuti Muhammad Azammi Adabi (56') dan kapten pasukan Muhammad Faeez Ibrahim melabuhkan tirai jaringan pada minit ke-65.


Poland pula menjaringkan gol sagu hati pada minit ke-69 menerusi Patryk Bulka.


Nor Azlan berkata beliau berpuas hati dengan aksi anak buahnya dan mahu mereka mengekalkan momentum sedia ada pada perlawanan seterusnya.


Malaysia akan bertemu tuan rumah, Russia, Rabu ini. Turut tersenarai dalam kumpulan A ialah Itali dan Afrika Selatan.


-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution