|
Pusat Perundingan Dan Latihan IKIM (PPLI) Turun Padang Program "Kasih PPLI: Bersama Masyarakat Orang Asli"
Last update: 22/06/2013
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI) turun padang ke Kampung Makmur, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan bagi mempelbagaikan pendekatan yang digunakan dalam setiap program PPLI, di samping mendekati dengan lebih rapat kehidupan masyarakat Orang Asli. Program Kasih PPLI: Bersama Orang Asli ini adalah pembuka jalan bagi hubungan di antara PPLI secara khususnya Dan IKIM secara amnya, dengan golongan Orang Asli dalam menyalurkan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan penduduk tempatan mengikut lokasi yang dipilih. Selain itu, ia juga sebagai pendedahan kepada pengharmonian antara agama dan sekaligus jalan dakwah bagi Islam.
Program ini secara praktikalnya akan menyentuh tiga kemahiran asas iaitu :
(i) Kebersihan sebagai tuntutan agama;
(ii) Penjagaan kebersihan diri, keluarga dan tempat tinggal; dan
(iii) Penyediaan makanan yang bersih untuk kesihatan semua.
For the full text, click here. |
|
<Back> |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| OPENING, TUESDAY, MAR 9US | 4.1180/1230 | S'pore | 3.0479/0520 | 100 Yen | 3.7752/7805 | Sterling | 5.6882/6967 | Euro | 4.8769/8833 | Source: Bank Negara Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|