Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Najib Terima Sambutan Hangat Ribuan Penduduk Sungai Buloh
Last update: 23/04/2013

SUNGAI BULOH, 23 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi sambutan hangat oleh ribuan penduduk yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat ketika melakukan lawatan ke Kampung Baru Sungai Buloh di sini Isnin malam.


Ketibaan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Sungai Buloh disambut dengan persembahan tarian naga.


Orang ramai turut berbaris di kiri dan kanan jalan yang dilalui oleh Perdana Menteri dan rombongannya menuju ke dewan sekolah itu.


Sebaik melangkah ke dalam dewan, Najib dan isteri disambut meriah pula oleh orang ramai yang berdiri sambil memegang sepanduk 'I Love PM' dan 'I Love BN'.


Ibu bapa mendudung anak-anak kecil mereka agar mereka juga dapat melihat Najib dengan lebih jelas pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama penduduk-penduduk Kampung Baru Sungai Buloh, dalam kawasan Parlimen Subang.


Dalam ucapannya Najib berkata beliau gembira dengan kehadiran ribuan penduduk berbilang kaum dalam keluarga besar 1Malaysia.


Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengamalkan keadilan dan dasar yang inklusif untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.


"Sebab itu hari ini jenama yang lebih popular dari KFC (Kentucky Fried Chicken) dan McDonald, lebih popular dari STARBUCK adalah jenama 1Malaysia," katanya.


Perdana Menteri berkata hadirin pada malam ini ramai yang memakai baju 1Malaysia kerana mereka yakin dan percaya dengan falsafah 1Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan BN, iaitu kerajaan yang adil untuk semua kaum.


Pada acara itu, Najib telah memperkenalkan calon-calon BN untuk kawasan Parlimen Subang iaitu A.Prakas Rao, calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan, Chong Tuck Chiew, Datuk Muhammad Bushro Mat Johor (DUN Paya Jaras) serta calon kerusi DUN Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.


-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution