Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
MRT Corp Yakin Meterai Perjanjian Bersama Dengan Pemilik Hartanah Tidak Lama Lagi
Last update: 12/10/2012

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) yakin dapat menandatangani perjanjian bersama dengan pemilik hartanah di Jalan Sultan tidak lama lagi yang membabitkan jajaran MRT di kawasan berkenaan.

MRT Corp dalam kenyataan di sini hari ini berkata mesyuarat antara syarikat itu, pemilik hartanah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berlangsung di DBKL.

Pada akhir mesyuarat dua jam itu, wakil kebanyakan hartanah berkenaan yang telah menandatangani Perjanjian Perkara (POA) bersetuju mengadakan mesyuarat teknikal dengan jurutera projek MRT Corp minggu depan.

Mesyuarat itu akan memperhalus beberapa urusan teknikal berkaitan pembinaan terowong MRT di bawah hartanah mereka, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid berkata menerusi mesyuarat itu, para pemilik kini menyedari sepenuhnya had ke atas sebarang kerja penambahbaikan yang mereka mahu lakukan di atas hartanah masing-masing. Had itu bertujuan melindungi terowong MRT di bawahnya.

Sebaik urusan teknikal itu selesai, syarikat akan dapat menandatangani perjanjian bersama dengan pemilik secepat mungkin, katanya.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution