Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Makanan Tradisi Serikan LIMA 2009
Last update: 02/12/2009

LANGKAWI, 2 Dis (Bernama) -- Orang ramai dan pengunjung Kompleks Pekan Rabu Kuah menikmati pelbagai jenis makanan tradisi dari 14 negeri yang menyertai Karnival Pelancongan LIMA 2009 di kompleks itu Selasa malam.



Antara juadah ialah rendang Tok (Perak), satay tulang (Negeri Sembilan), otak-otak (Johor), nasi dagang (Terengganu), nasi kerabu (Kelantan), kuih tradisional seperti karas, kuih loyang (Langkawi), laksa Perlis (Perlis), satay Kajang (Selangor) dan asam pedas (Melaka).



Sementara itu, kira-kira 2,000 peserta Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2009) di Dewan Pameran Mahsuri Antarabangsa (MIEC) di sini akan disajikan makanan tempatan dan barat sepanjang tempoh penganjuran LIMA.



Chef Eksekutif Westin Langkawi Mohd Chandran Nair berkata lebih 500 kilogram bahan makanan seperti ayam, daging, kambing, ikan dan sayur-sayuran diperlukan setiap hari untuk penyediaan hidangan berkenaan.



Westin Langkawi adalah resort hotel bertaraf lima bintang yang mengendalikan penyediaan makanan untuk peserta termasuk pempamer dan petugas sepanjang lima hari LIMA 2009 yang bermula Selasa.



Mohd Chandran mempunyai pengalaman sebagai chef selama 24 tahun serta pernah berkhidmat di Australia, Jakarta, Brunei dan di Langkawi dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.



-- BERNAMA




 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution