|
Upacara Menaikkan Bendera Sempena WUF9
Last update: 07/02/2018
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) bermula di sini, hari ini dengan upacara menaikkan bendera.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN-Habitat) Datuk Maimunah Mohd Sharif antara yang menyaksikan ucapara menaikkan Jalur Gemilang dan Bendera PBB di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.
Kuala Lumpur menjadi tuan rumah forum tujuh hari itu, yang berlangsung sehingga 13 Feb ini, dengan lebih daripada 500 acara termasuk perhimpunan, perbincangan meja bulat peringkat tinggi, dialog serta sesi khas.
Bertemakan 'Bandaraya 2030, Bandar untuk Semua: Melaksanakan Agenda Bandar Baharu', forum itu, yang diadakan buat kali kedua di Asia, akan memberi fokus kepada pelaksanaan agenda bandar baharu.
Lebih 30,000 peserta dari 192 negara menghadiri WUF9, yang diadakan setiap dua tahun.
Ia merupakan forum yang dikendalikan UN-Habitat sejak 2002 bagi mengkaji isu-isu paling mendesak yang dihadapi dunia masa kini.
Sebelum Kuala Lumpur, forum itu pernah diadakan di Naples, Rio de Janeiro, Nanjing, Vancouver, Barcelona dan Nairobi.
-- BERNAMA
Â
|
|
<Back> |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| OPENING, TUESDAY, MAR 9US | 4.1180/1230 | S'pore | 3.0479/0520 | 100 Yen | 3.7752/7805 | Sterling | 5.6882/6967 | Euro | 4.8769/8833 | Source: Bank Negara Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|