Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Upacara Menaikkan Bendera Sempena WUF9
Last update: 07/02/2018

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) bermula di sini, hari ini dengan upacara menaikkan bendera.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan Pengarah Eksekutif Program Penempatan  Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN-Habitat) Datuk Maimunah Mohd Sharif  antara yang menyaksikan ucapara menaikkan Jalur Gemilang dan Bendera PBB di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah forum tujuh hari itu, yang berlangsung sehingga 13 Feb ini, dengan lebih daripada 500 acara termasuk perhimpunan, perbincangan meja bulat peringkat tinggi, dialog serta sesi khas.

Bertemakan 'Bandaraya 2030, Bandar untuk Semua: Melaksanakan Agenda Bandar Baharu', forum itu, yang diadakan buat kali kedua di Asia, akan  memberi fokus kepada pelaksanaan agenda bandar baharu.

Lebih 30,000 peserta  dari 192 negara  menghadiri  WUF9, yang diadakan setiap dua tahun.

Ia merupakan forum yang dikendalikan UN-Habitat sejak 2002 bagi mengkaji isu-isu paling mendesak yang dihadapi  dunia masa kini.

Sebelum Kuala Lumpur, forum itu pernah diadakan di Naples, Rio de Janeiro, Nanjing, Vancouver, Barcelona dan Nairobi.

-- BERNAMA

 



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution